Topik kali ialah nama anak. Mungkin ada yang tertanya-tanya ada apa dengan nama anak? What so special about it?. Actually aku dapat idea ni masa berblogwalking di blog Mas Putri. Dalam blog si Mas Putri ni dia menceritakan nama anak yang sesuai. Tapi apa aku nak bincangkan di sini sesuai tak nama anak anda bila dia dah tua.
Zaman sekarang ni ramai ibubapa yang berfikiran moden. Nak kasi nama anak pun ala-ala yang moden aja. Contohnya Nur Qazrina, Natasha Ellysha, Kamelia Katrina dan tak kurang juga ada yang kasi nama anak macam artis seperti Fasha Sandha, Erra Fazira, Julia Ziegler dan Diana Danielle.
Persoalan di sini sesuaikah nama anak anda bila dia dah tua nanti? Masa muda ni memanglah sesuai. Bangga nama anak mengikut peredaran zaman. Kalau dalam marketing ini satu strategi positioning yang baik di mana orang mudah mengingati nama anak anda yang pelik itu.
Bagaimana nama anak anda bila dia dah tua nanti? Sesuai ker? Bila anak anda dah menjadi nenek nanti, cucunya akan di kertawakan di sekolah kerana nama neneknya sangat tidak menggambarkan nama orang tua. "Siapa nama nenek kamu?" "Nenek saya bernama Kemelia Katrina." Tak ke janggal tu. Nanti ada pula yang ketawa berguling-guling.
Bagaimana pula nama seperti Jamilah, Fatimah, Tukirah dan Zawiyah. Jarang kita kedengaran nama anak orang zaman ini seperti ini kan. Sudah tidak relevenkah nama ini? Adakah nama ini mewakili golongan orang-orang tua dan tidak mengikut peredaran zaman?
Persoalan nama anak itu sesuai tak mengikut peringkat umur dia nanti anda lah yang akan tentukan. Pada pendapat aku, carilah nama anak yang tidak terlalu moden dan tidak terlalu kuno. Apa yang penting biarlah nama anak anda tu hendaklah ada maksud kerana ia akan membentuk sifat anak itu suatu hari nanti.
Adios..