Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Kopi Janda Sehebat Namanya!!!


Petang tadi aku lepak-lepak dengan member lama di kedai kopi. Ternampak pula iklan kopi janda ditampal di dinding kedai itu. Tanpa ragu-ragu lagi aku pun order la kopi janda yang menggunakan tagline "jemput minum kopi janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga.."Memang boleh tahan kopi ni. Segar biji mata aku.. 

Kopi janda adalah antara jenama kopi yang masih baru dalam pasaran tempatan. Namun  aku nak tergelak kerana ada segelintir pihak terutamanya golongan wanita yang tidak bersetuju dengan tagline kopi tersebut. 

Ungkapan "jemput minum kopi janda bang..bukan nak menggoda, cuma nak berniaga.." tidak disenangi oleh sesetengah kaum wanita yang bergelar isteri kerana menganggap tagline kopi tersebut berbaur seks dengan model seorang wanita yang separuh usia.

Bagi wanita, mereka yang bergelar janda atau yang akan bergelar janda akan merasa malu, sedih dan rendah diri seolah janda ini adalah satu golongan yang boleh merampas suami orang. Bagi mereka yang bergelar isteri pula, apabila didapati suami gemar minum kopi ini seolah gelaran janda ini akan jadi kenyataan kepada mereka.

Menurut pengusaha kopi janda, nama kopi janda itu sebenarnya nak mengangkat golongan itu supaya lebih berani tampil ke hadapan menyahut cabaran yang datang kerana janda adalah simbol kecekalan, ketabahan, dan kekuatan. Tidak adil melihat janda dari sudut negatif kerana mereka tabah menjaga keluarga.   

Bagi aku pula masyarakat hari ini perlu buka minda untuk cuba menerima benda baru dalam hidup. Contoh jika Malaysia kehabisan beras dalam pasaran, kita hendaklah cuba menerima makanan lain sebagai gantinya contohnya gandum. Jangan beranggapan tanpa nasi kita tidak dapat hidup. Kita hendaklah sentiasa bersedia menerima sesuatu perubahan dalam hidup ini. 

Setiap perkara janganlah di pandang dari aspek negatif sahaja. Cuba cari apa yang terirat di sebaliknya..

P/S:- Teringat lagu Negatif nyanyian KRU :- "Setiap generasi punya citarasa sendiri, gaya nan terkini irama muda mudi. Fikir cara terbuka jangan pandang negatif sahaja. Inilah masaku biarku dengan jean biruku".. 

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget