Dilaporkan kira-kira 50% penduduk di London bimbang tentang keselamatan mereka dan keluarga terutamanya di waktu malam.
Di sebabkan kebimbangan itu, maka terciptalah meja dwifungsi ini. Selain berfungsi sebagai meja biasa, ia juga boleh di jadikan senjata untuk menentang penceroboh.
Hanya dengan meleraikan kaki meja dari permukaan atas meja, ia sudah pun menjadi senjata paling mudah digunakan ketika kecemasan. Bahagian atas meja di jadikan perisai manakala bahagian kaki meja menjadi cota.
Sungguh mudah kan. Sekarang ni banyak kes-kes pecah rumah berlaku. Dengan adanya meja dwifungsi seperti ini, ia dapat membantu kita mempertahankan diri ketika kecemasan.
Tapi yang penting pastikan anda mengutamakan keselamatan diri dan keluarga siang dan malam kerana penjenayah tidak mengira masa untuk melakukan jenayah.
Adios~~~