Baru-baru ni aku sempat memperuntukkan 1 hari untuk shopping shopping sekitar Bukit Bintang, Pudu dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Malangnya aku pulang ke rumah pada waktu yang salah iaitu waktu selepas office hour. So warga metropolitan tentu faham keadaan di atas jalan raya pada waktu itu.
Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di bandar raya Kuala Lumpur dikatakan terdapat lebih kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari.
Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.
Di bawah ni adalah beberapa keping gambar keadaan kesesakan lalulintas :-
Bayangkan pada waktu itu waktu itu hujan turun dengan lebatnya diikuti pula dengan petir yang kuat. Aircond kereta anda pula rosak dan minyak makin kehabisan. Yang paling menakutkan anda terasa hendak kencing dan perut pula mula memulas-mulas. Di hadapan anda air pula dah mula membanjiri jalan. Tiada sedikit ruang pun untuk kereta anda bergerak. Katakan anda sedang membawa bini sarat mengandung dan mula menunjukkan riak-riak hendak beranak. Apa yang mampu anda lakukan ketika itu?