Topik aku hari ini ialah MLM (Multi Level Marketing). Ramai sekarang ni yang terjebak dengan skim piramid aka bisnes MLM, dengan harapan memperolehi pendapatan tambahan seterusnya cepat kaya dengan cara yang paling mudah.
Kalau tanya aku minat atau tidak bisnes MLM? Oh tidak sama sekali. Jiwa aku bukan jiwa MLM. Pujuk la macam mana pun. Pintu hati aku belum terbuka dengan bisnes MLM.
Di sini nak kongsi sebab mengapa aku TIDAK BERMINAT dengan Bisnes MLM ini:-
- Kebanyakan bisnes MLM sekarang ini terlalu bergantung kepada orang bawah. Sifat kebergantungan inilah yang membuatkan aku tidak pernah berminat untuk menyertai bisnes MLM di Malaysia.
- Aku tidak suka cara sesetengah ahli-ahli MLM yang menekan dan memaksa prospek supaya menyertai bisnes MLM mereka. Kalau boleh, hari itu mereka brainwash, hari itu juga mereka mahu prospek ini masuk bisnes MLM mereka. Time brainwash tu plak ramai-ramai. Tak gentle langsung.
- Ia melibatkan wang yang banyak untuk kita laburkan ketika membayar wang pendaftaran, kita kena pastikan terlebih dahulu adalah diri kita betul-betul bersedia daripada segi masa, komitmen, kewangan, kesabaran dan sebagainya.
- Bisnes MLM ini penuh dengan dunia kepura-puraan. Bukan semua. Hakikatnya memang ada. Kereta mahal-mahal yang dibawa semasa untuk konvensyen bukan milik mereka. Ia digunakan untuk memancing mangsa terbaru bagi menyertai team bisnes MLM mereka.
- Biasanya kita akan di pelawa sertai MLM melalui rakan kita dan orang atasannya kita tidak kenal sepenuhnya. Bayangkan kalau orang atas tu buat "T_ _ K", tiba-tiba bawa lari wang pelaburan kita , mana kita nak cari dia? Bolehkan kita menyalahkan kawan kita tu 100%? Dah ia melibatkan wang beribu-ribu tu.
- Kenapa ahli MLM ni banyak mencari prospek di kepada golongan mahasiswa? Adakah kerana golongan ini mudah di pengaruhi dan ada banyak wang (biasiswa & PTPTN)? Kenapa tak cari orang miskin di kampung kalau betul MLM ni boleh buat duit? Silap-silap orang kampung boleh buat full time bisnes ni.
- MLM boleh memutuskan persahabatan. Ye lah bila ahli MLM ni gagal memujuk prospek mereka mungkin akan bermasam muka kerana berselisih pendapat. Akhirnya putus persahabatan.
- Ahli MLM di mestikan untuk membeli produk syarikat MLM itu sekurang-kurangnya RM 200 sebulan padahal harga produk yang sama di pasaran jauh lebih murah. Contohnya ubat gigi MLM itu berharga RM 20 berbanding Colgate yang di jual cuma RM 5 sahaja.
Kepada semua kaki MLM, bukan aku nak kutuk kata MLM tidak bagus. Kalau anda rasakan ia cukup bagus, go on. Lagipun sudah ada yang berjaya hanya dengan bisnes MLM. Itu aku tak nafikan.
Yang menjadi persoalan ketika ini kerana sudah terlalu ramai yang tertipu. Kawan aku baru hangus RM2,000 selepas mendaftar tempoh hari, mungkin disebabkan dipaksa dengan cara halus untuk menyertai group MLM mereka. Kalau tanya sekarang ini, apa perkembangan tentang bisnes MLM rakan aku tu, akhirnya berhenti setengah jalan kerana syarikat MLM memberi harapan palsu kepadanya.
Yang menjadi persoalan ketika ini kerana sudah terlalu ramai yang tertipu. Kawan aku baru hangus RM2,000 selepas mendaftar tempoh hari, mungkin disebabkan dipaksa dengan cara halus untuk menyertai group MLM mereka. Kalau tanya sekarang ini, apa perkembangan tentang bisnes MLM rakan aku tu, akhirnya berhenti setengah jalan kerana syarikat MLM memberi harapan palsu kepadanya.
Tengok.. Tak ker aniaya mereka ini. Tidak dinafikan golongan yang seperti ini mudah kelabu asap ketika menyertai bisnes MLM sehingga tidak terfikir kesan jangka panjangnya nanti.
Bagi aku hidup di dunia konsepnya mudah sahaja. Mana boleh kaya dengan begitu cepat, yang pentingnya teruskan usaha, usaha dan tawakal.
P/S :- Baik buat blog, boleh gak generate income. Modalnya kecil je. Hanya kena rajin cari bahan untuk berkarya. Kalau kena caranya boleh untung besar :)