Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Ada Apa Dengan Jejaka Lombok ?


Topik aku kali ini adalah tentang anak gadis kita yang di larikan jejaka dari Lombok, Indonesia. Dah menjadi satu trend sekarang ni jejaka Lombok mesti melarikan anak gadis dari luar khususnya Malaysia ke Lombok untuk di jadikan isteri. 

Sudah menjadi satu budaya di Pulau Lombok barang sesiapa yang berjaya membawa masuk gadis luar dari pulau itu untuk di jadikan isteri akan di anggap sebagai "perkasa". Inilah sebabnya ramai gadis kita terperangkap di pulau itu. 

Betul niat mereka mencari rezeki di sini tetapi naluri mereka untuk mendampingi wanita mendorong mereka mencari gadis untuk di goda. Jalan termudah ialah mengoda anak gadis bawah umur kerana mudah di pengaruhi. 

Atas dasar CINTA, golongan gadis ini mengikut jejaka Lombok atas dasar sukarela sehingga sanggup melukakan keluarga. Betul lah orang kata CINTA itu buta. Mereka ini langsung tidak memikirkan kesan yang akan timbul akibat mengikut jejaka Lombok ke Pulau Lombok. Tanpa pasport, mereka akan di anggap sebagai pendatang di Pulau timur Indonesia itu. 

Apabila tiba di Pulau Lombok barulah sedar bahawa fantasi syurga cinta yang di cipta bersama adalah palsu semata-mata. Keadaan di sana tidak lah seperti yang di gembar gemburkan. Peluang pekerjaan adalah sukar, kadar kemiskinan tinggi, insfrastruktur yang tidak mencukupi menyebabkan majoriti gadis yang dilarikan ini mula terfikir semula tindakan mereka.    

Oleh itu, kepada anak gadis di luar sana fikir-fikirkanlah kesan baik buruk mengikut jejaka Lombok ke pulau itu. Dah banyak kes yang didedahkan untuk di jadikan ikhtibar bersama. Apa kurangnya jejaka Malaysia? Hemsem juga apa. Ayat je tak cukup manis.. :-P       

Comments
5 Comments

5 comments:

♥ciK-t0ge ♥ said...

yeaHh..
saYa suKa taj0k Nie!!
mMg..
aDa apa saMa Laki lombok???
ad0yai..
aPe Lah p0mpuaN ne..
cinta bT d0rg buta aTie..
sguP ik0t 0rg Lombok..
sGup tgLkn faMili yG jaGa dr keciK..
HuHU..
MtaK Lah dijaUHkan..
aMIn..

Aini said...

baru sedar. memang yang selalu jadi mangsa gadis muda bawah umur. Diorang akal cetek, sebab tu mudah dipengaruhi. Ibu bapa perlu main peranan.

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

X berfikiran panjang..biasa la.budak lagi..
Tugas ibu bapa juga untuk mendidik anak dengan sebaik mungkin..

Ayusipermatabiru said...

Erm..yang bagusnya lelaki lombok terus ajak nikah..kalo org kite suka ambik2 kesempatan dulu..kebanyakan yang lari ke lombok tu rasa diri mereka kurang kasih sayang agaknye..org2 lombok romantik,ayat power..tu yg buat anak bawah umur(ABU) kt Malaysia ni mudah ikut diorang...Kasih sayang tu penting..tapi ilmu agama lagi penting, apa2 pun mak ayah salah juga dalam hal ni..kalau betul didikan agama dah diterapkan dalam diri anak-anak mereka, pasti anak2 mereka tak buat macam tu dan lebih menyayangi keluarga daripada jejaka lombok yang baru diorang kenal..KERAJAAN pun patut main peranan dalam hal ni..macam ikan juga..kalo busuk kepalanya,maka seluruh badan pun rosak dan busuk..Fikir-fikirkan lah ye sape yang dah ada anak dara tu

jejaka lombok hodoh said...

jejaka lombok hodoh2 pun anak melayu minat.hemmmm, padan pun ngan diorg yg tak lawa tu

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget