Sekarang ni banyak instituisi perbankan yang menawarkan pakej pinjaman yang menarik. Pilihan di tangan anda untuk memilih. Tapi adakah instituisi perbankan itu memberi jaminan permohonan anda akan berjaya? Tentu tidak kan. Oleh itu aku nak berkongsi sedikit tips untuk meningkatkan kelulusan permohonan anda :-
1. Elakkan dari pinjaman-pinjaman yang lain
- Cuba selesaikan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman peribadi secepat mungkin kemudian baru mohon pinjaman baru. Bagi yang mempunyai kad kredit tu cubalah untuk membayar ke semua outstanding balance anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda dalam situasi 'berhutang'.
2. Elakkan membuat withdrawal dalam amaun yang besar
- Cuba elakkan anda membuat withdrawal dalam amaun yang besar sekurang-kurangnya 6 bulan terakhir dari akaun simpanan anda sebelum membuat permohonan pinjaman kerana ada sesetengah bank hanya memberi pinjaman 80% sahaja dan anda akan menanggung 20% lagi.
3. Cuba mengekalkan perkerjaan tetap
- Kerap menukar pekerjaan menyebabkan peluang membuat pinjaman adalah sukar kerana ada sesetengah instituisi perbankan akan menyemak latar belakang dan operasi syarikat anda berkerja.
4. Cuba dapatkan guarantor
- Jika anda mengemukakan guarantor, ini akan meningkatkan kredibiliti anda walaupun ada sesetengah bank tidak perlukan guarantor. Guarantor anda itu perlulah memenuhi kriteria seperti umur dan pendapatan. Selalunya guarantor di perlukan jika pemohon berkerja sendiri dan tidak mempunyai kelayakan professional
5. Semak status CCRIS dan CTOS anda
- Sebelum membuat pinjaman adalah lebih baik anda menyemak status CCRIS dan CTOS anda. Manalah tau kot-kot anda mempunyai bad rekod. Nanti buat malu je mohon pinjaman. Anda boleh mengetahui caranya menyemak status CCRIS anda di link ini http://creditbureau.bnm.gov.my/ dan CTOS di link ini http://www.ctos.com.my/
Adios~~~