Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Laman Web Kerajaan Malaysia Diserang Pengodam Anonymous !



Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sekurang-kurangnya 41 dari 51 laman web kerajaan yang menjadi sasaran penggodam telah digodam sejak kelmarin tetapi tiada data peribadi atau kewangan yang terancam.

Serangan itu bermula lewat malam kelmarin susulan amaran kumpulan penggodam antarabangsa itu yang mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.


Jika mengikut amaran yang dibuat pihak penggodam yang mengelar diri mereka sebagai Anonymous, laman web http://www.malaysia.gov.my sepatutnya sudah digodam pukul 3.30 pagi tadi.


Setakat ini, apa yang dapat dilihat ialah pelayan atau server laman itu tidak boleh diakses secara baik sepanjang pagi tadi.




Situasi itu menimbulkan persoalan jika ia mungkin terkena serangan Distributed Denial of  Service (DDOS).
Antara laman web kerajaan dan agensinya yang pernah diserang pengodam ialah :

  •    SabahTourism.com
  •    ASEAN connect
  •    Bomba
  •    Perbendaharaan Malaysia
  •   Parlimen Malaysia
  •   JobsMalaysia
  •   Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  •   Majlis Sukan Negara 

Kumpulan pengodam itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan. Jom kita baca kenyataan dari kumpulan penggodam ini :

Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.
Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan.

Setakat ini Facebook fan club 1M Malaysians Don't Want SKMM Block File Sharing Website telah mencatatkan sebanyak lebih 26 667 orang menyukainya manakala We Support MCMC (SKMM) Blocking Illegal Websites hanya mencatatkan sekitar 220 orang menyukainya.


Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju SKMM menyekat laman web perkongsian fail. Ramai yang mencadangkan sepatutnya SKMM menyekat laman web lucah terlebih dahulu.


Apa pula pendapat anda ?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~

Comments
8 Comments

8 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

betul tu , kalau nak sekat pun . sekat mana yang patut dulu . laman web lucah yang melibatkan rakyat Malaysia pelakunya , bersepah ada kat internet .. hmm ..

Jahirah said...

sekat la website2 yg tak sepatutnya, yg lucah2 tu.ni tak benda lain yg jadi priority...mana rakyat tak bengang.just my opinion jek..

Zura Tahir said...

a'ah kan...web lucah xnk plak dia sekat..

Noor Fatin said...

saya bukan pendownload tegar. ada ke xde laman web tu, xde efek pun kat saya :P

Anonymous said...

kerajaan ptot pertimbangkan kembali...
kalau die xnk rkyt yg mmbnth prkara ni mmblkgkan mrka dlm pilihan raya berikutnya...
dan kalau mcm ni... bek buang je motto PM yg menyatakan rakyat didahulukan... tukar jd rakyat dibelakangkan kemenangan diutamakan..

amirah said...

tak reti juga nak mengomen sebab taklah it savvy sgt pun..heh

kblog said...

laa..website gomen belum boleh akses lg nampaknya

mAck_mUnG said...

hahaha...zura dan cik aisha macam biasa-biasa jer masuk web lucah.. hahahaha... pepom kerajaan x patut sekat.. macam mana rakyat nk cerdik macam ni..asyik sekat jer..sekat tu la sekat ni la..akta tula akta nila.. poo daaa... hahahah..ku skong hakers anonymous... 200%

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget