Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Menurut sumber, cukai 6% topup telefon prepaid bermula 15 September 2011 ini, begitu juga dengan pek permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.


Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai cukai 6% topup telefon prepaid bermula 15 September 2011.



Untuk rekod, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.





Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Kalau dulu syarikat telco ni mampu menyerap cukai 5% tapi sejak cukai di naikkan kepada 6% bermula 1 Januari 2011. Sekarang ini syarikat telco ini dah tak mampu nak tanggung beban cukai ini lalu terpaksa memindahkannya cukai 6% topup telefon prepaid bermula 15 September 2011 kepada pengguna.


Untuk rekod, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.




Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut. Pengguna postpaid pasti dah biasa dengan cukai 6% ini. Memang boleh nampak dalam penyata bulanan. 


Bagi pengguna pepaid pasti akan merasa kesannya. Kalau nak beli topup RM 10 maka nilai yang perlu dibayar ialah RM 10.60 (60 sen sebagai cukai). Bersediakah anda untuk menerima perubahan ini ?


Nak salahkan syarikat telekomunikasi 100% pun tak boleh juga sebab dah tak tertanggung dah subsidi yang semakin meningkat atau kita boleh tak salahkan pihak yang membuat keputusan menaikkan cukai kepada 6% ?



Apa pendapat anda mengenai isu ini?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
8 Comments

8 comments:

Sharinginfoz said...

naik jangan tak naik...

ainhany said...

rakyat dulukan.....
indahnya negaraku tercinta...

iza said...

Assalam...
Tak boleh nak guna handphone byk2 la nampaknya...kena kurangkan top up la ni..guna phone umah je la..

Relevan said...

Bagi naik semua cukai jangan tak naik... nak tampung belanja pRU13 nanti.. harap2 kita tukar ramai2 ..hehe!

Noor Fatin said...

mak aii. haha skrg ni pun kena rm10.40 la tambah 30 la, ada yang 50 sen, arghh. lepas ni beli topup rm10 bayar rm11.30. hahaa

khairul akmal bin azman said...

so..kene jd kedekut kedit la ni..
pasni..msg n call org penting2 je..
hehe..

nak salah gverment pun xle gak..name pun di"subsidi"

http://khairulakmalazman.blogspot.com/2011/06/girl-malaysia-vs-girl-singapore.html

ejaMaria said...

nampak gaya guna hp utk sms je la... :(

Anonymous said...

kalau dah mampu beli handphone..mesti mampu beli topup..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget