Memperkenalkan inilah dia Modenas CTric 2011 iaitu sebuah motosikal elektrik pertama yang mendapat kelulusan piawaian daripada SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang telah dilancarkan pada 16 June 2011.
Modenas CTric ditawarkan dalam 2 warna pilihan iaitu oren dan hijau dengan corak grafik menarik. Sekali pandang rekabentuknya seakan-akan sama seperti model Modenas CT namun berbeza dari segi komponen teknikal yang menggerakkannya.
Harganya di atas jalan ialah RM4,888.00 seunit. Jom kita terjah spesifikasi model motosikal elektrik pertama di Malaysia ini.
Model ini dilengkapi 5 unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Nano Gel sebagai sumber tenaga penggerak dan boleh dikitar semula selepas tamat tempoh hayatnya.
Modenas CTric mengguna pakai motor jenis Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh berkuasa 3.60kW @ 80 kilometer/sejam (km/j) kalis air selain memiliki bearing gandar berkelajuan tinggi, alat pengesan Honeywell Hall dan Brakeless Rotor.
Pada kelajuan purata 30km/j, motosikal tersebut mampu mencapai jarak sejauh 60km untuk setiap cas penuh. Ia juga berupaya mencapai had laju sehingga 80km/j.
Secara peribadi, kelebihan pada motosikal elektrik ini pastinya pengguna tak perlu bimbang dengan kenaikan harga petrol RON95 kerana model ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan pastinya ianya mesra alam.
Namun ada beberapa faktor yang perlu difikirkan sebelum membeli motosikal ini seperti keupayaannya untuk ditunggang dalam jarak yang jauh, lokasi yang sesuai untuk mengecas jika berjauhan dari rumah dan tarif elektrik yang agak tinggi sekarang..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~