Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Nasi Goreng Apa Ni ?



Baru-baru ni saya pergi ke Carrefour Wangsa Maju temankan kawan beli barang rumah. Dah letih membeli belah, pergi la ke Foodcourt Carrefour untuk menjamu selera.


Saya order nasi goreng ayam merah. Bila nasi dah sampai, hasilnya SANGAT MENGECEWAKAN. Dalam katalog cantik je gambar nasi goreng ayam merah ni. 


Secara keseluruhan nasinya seperti nasi yang masak bersama minyak tanpa bahan-bahan lain seperti sayur, kacang peas dan jagung. Maybe saya pergi time kedai dah nak tutup so dia masak cincai je la.


Kuahnya pula terlalu cair dan terlalu banyak sehingga membanjiri keseluruhan pinggan. Rasanya pun tak sedap. Saya bagi 3 out of 10 je..




Yang ini nasi goreng telur claypot, kawan saya order. Not bad at all. Kombinasi manis dan sedikit masam. Kawan saya bagi 8 out of 10. Untuk makluman, kami order di kedai yang berlainan sebab tu rasanya berbeza. 


Di sebabkan rasa kasihan kepada saya yang makan nasi goreng yang tidak sedap tu, kawan saya bawa pula makan di Restaurant Pakli di Danau Kota, Setapak.




Kalau tengok pada katalog, banyak menu yang menarik untuk di cuba. Untuk makluman, restaurant ni pernah masuk program Jalan Jalan Cari Makan di TV3.


Kawan saya cadangkan supaya order mee goreng mamak. Menurut beliau restaurant Pakli ni memang popular disebabkan mee goreng mamak dia.




Inilah dia mee goreng mamak Restaurant Pakli. Tak rasa macam mee goreng mamak di kedai mamak sebab tak rasa pahit pun. Rasanya pun sedap. Manis dan masam semua cukup.


Mee dia pun banyak siap dengan udang, tomato dan limau lagi tu. 1 kombinasi yang menarik. Secara keseluruhan saya bagi 8.5 out of 10.


Bila dah makan mee goreng mamak ni kira dah tebus la makan nasi goreng ayam merah yang tak sedap di Foodcourt Carrefour Wangsa Maju. Pernah tak anda ada pengalaman makan makanan yang tak sedap di restaurant seperti yang saya alami ?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
5 Comments

5 comments:

shera haifa said...

kalau mkn kat foodcourt mmg cm tu.. main masak ikut suka hati je

Anis Syuhada Nazari said...

nanti bawak anis mkn kat situ k.
nampak cm sedap jer.

NOOR FATIN said...

selalu rasa mcm tu.. kdg2 tgk kataloq bukan main menarik dan sedap, bila dah siap makanan, alahai. ni je? hahaha. lawak2. tmbh2 kalau sup. mcm air sejuk je

Sharinginfoz said...

alamak kesiannya bro nasi goreng ayam, teringin pula makan nasi goreng ayam kat kg majidee, JB, sedap

Dayat said...

kalau kat food court bukan suma sedap...kena pandai pilih :p

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget