Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Perodua Myvi 1.3 Baru 2011


Setelah sekian lama Perodua berteka-teki mengenai model penganti Myvi akhirnya pada 16 June 2011 Perodua telah melancarkan secara rasmi Perodua Myvi 1.3 baru 2011.

Nama Myvi masih di kekalkan walaupun terdapat ura-ura namanya akan di tukar kepada Perodua Extreme, Myvi FL dan Myvi SE (special edition).


Kalau Myvi sebelum ini lebih di kenali sebagai kereta multi-purpose compact (MPC), Myvi yang baru ini lebih di kenali sebagai advance multi-purpose compact di mana spesifikasi dan prestasi model ini dipertingkatkan.

Terdapat beberapa perbezaan di antara varian Standard, Premium dan Elegance. Kesemua varian dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun varian Standard tidak dilengkapi ABS, EBD dan BA seperti mana yang terdapat pada varian Premium dan Elegance.


Varian Elegance mendapat spesifikasi paling lengkap, antaranya tambahan kit badan penuh, panel skrin sesentuh 6 inci dengan sistem GPS dan kusyen kulit.

Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
 

Varian Standard pula tidak dilengkapi rim aloi, sebaliknya menggunakan rim besi yang ditutup menggunakan penutup plastik (wheel cap).

Berbanding spesifikasi di bahagian eksterior dan interior, Perodua Myvi baharu masih menggunakan enjin lama K3-VE, DOHC 16 Valve dengan DVVT bersesaran 1.3 liter.



Ini pula senarai harga model kereta ini di pasaran :-


Perodua Myvi generasi ke 2 ini dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu.

Menurut sumber, Perodua Myvi 1.5 lite baru yang akan dilancarkan hujung tahun ini menggunakan enjin sama yang kini dimiliki MPV Perodua Alza. Menarik bunyinya kan.

Kalau nak lihat model Perodua Myvi  1.3 baru 2011 ini bolehlah lawat mana-mana agen jualan Perodua seluruh negara. Manalah tahu Myvi baru ini adalah kereta yang anda nanti-nantikan selama ini. Kalau nak lihat Myvi 1.5 kenalah tunggu hujung tahun ini..

Apa pendapat anda tentang kereta ini?


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

amirah said...

cantik..tapi agak mahal kan?

Sandokhan said...

ada nampak macam Hyundai i10 seket2..

ainhany said...

mangancam laa..
menarik tertarik..
wana pun elegent..
tpi mahal laa laa

BudaKamponGugup said...

design dia macam sam ja dengan MyVi lama.. maybe kena test drive dulu kot baru dapat rasa kelainan.. memang tengah ada niat nak beli myvi yang baru ni.. harap-harap puas hati la time test drive nanti...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget