Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sekurang-kurangnya 41 dari 51 laman web kerajaan yang menjadi sasaran penggodam telah digodam sejak kelmarin tetapi tiada data peribadi atau kewangan yang terancam.
Serangan itu bermula lewat malam kelmarin susulan amaran kumpulan penggodam antarabangsa itu yang mendakwa kerajaan Malaysia mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.
Jika mengikut amaran yang dibuat pihak penggodam yang mengelar diri mereka sebagai Anonymous, laman web
http://www.malaysia.gov.my sepatutnya sudah digodam pukul 3.30 pagi tadi.
Setakat ini, apa yang dapat dilihat ialah pelayan atau server laman itu tidak boleh diakses secara baik sepanjang pagi tadi.
Situasi itu menimbulkan persoalan jika ia mungkin terkena serangan Distributed Denial of Service (DDOS).
Antara laman web kerajaan dan agensinya yang pernah diserang pengodam ialah :
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Kumpulan pengodam itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan. Jom kita baca kenyataan dari kumpulan penggodam ini :
Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.
Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan.
Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju SKMM menyekat laman web perkongsian fail. Ramai yang mencadangkan sepatutnya SKMM menyekat laman web lucah terlebih dahulu.
Apa pula pendapat anda ?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~