Baru-baru ini saya berkesempatan ke Melaka. Di sebabkan Melaka sesak pada musim cuti sekolah maka carilah tempat lain berdekatan dengan Melaka yang kurang sesak sikit.
Jalan punya jalan sampailah ke Tanjung Emas di Muar. Di sini daya tarikannya ialah Muar River Cruise yang akan menyusuri muara Sungai Muar selama hampir 40 minit.
Muar River Cruise ini beroperasi dari selasa ke ahad dari 10 pagi ke 6 petang. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10 dan kanak-kanak cuma RM5 sahaja.
Anda akan dapat keindahan Sungai Muar ke Sabak Aur dan berpatah balik ke Sungai Muar. Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat ialah Dataran Tanjung Emas, Masjed Jamek Sultan Ibrahim dan banyak lagi.
Ini ialah Jeti Tanjung Emas di mana tempat mengambil dan menurunkan penumpang dari bot. Kat sini jugalah tempat untuk membeli tiket.
Bot ini boleh memuatkan 40 orang dalam 1 masa. Bila dah naik bot kenalah pakai jaket keselamatan. Penting tu. Pelampung keselamatan turut di sediakan untuk tujuan keselamatan.
Ini dia Dataran Tanjung Emas. Gambar ini di ambil dari atas bot.
Pejabat Tanah Muar
Balai Bomba dan Penyelamat
Perkampungan nelayan
Rumah terapung. Di percayai digunakan untuk menyimpan peralatan menangkap ikan.
Apa ni ye? Buaya ke naga Tasik Chini?
Eh dah sampai Pulau Pinang?
Masjid Jamek Sultan Ismail yang dibina pada tahun 2003.
Gambar pemandangan bandar Muar
Kalau anda ke merasa menaiki Muar River Cruise ini boleh lah datang ke Taman Tanjung Emas di Muar ini. Banyak permandangan menarik yang anda dapat lihat di sekitar Sungai Muar ini..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~