KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 2-1 LUBNAN
Wisel penamat ditiupkan. Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol. Ini bermakna Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Pemain Malaysia bersorak meraikan kemenangan ini. Pemain Lubnan pula tunduk kecewa.
Salah faham berlaku antara Fadhli Shas dengan Khairul Fahmi minit ke 81 apabila kedua-dua merebut bola yang sama dan nyaris bola jatuh kepada pemian Lubnan namun dapat diselamatkan.
Malaysia diasak bertubi-tubi sambil mengharapkan counter attack untuk menekan Lubnan. Keadaan sedikit tegang apabila tolak menolak berlaku.
Lubnan berjaya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan Chadi Atie minit ke 62. Akhirnya tertewas juga Khairul Fahmi. Malaysia kini banyak bertahan bagi mempertahankan kelebihan gol.
Malaysia bermain dengan 10 orang setelah Gary Steven Robat dihadiahkan kad merah pada minit ke 52. Malaysia perlu mempertahankan kedudukan ini kerana bermain dengan tekanan sekarang ini.
Separuh masa kedua bermula. Lubnan melakukan 1 pertukaran pemain. Malaysia harus berwaspada dengan Haydar, pemain paling berbahaya Lubnan.
Pengadil meniupkan wisel menandakan perlawanan separuh masa pertama tamat. Diharapkan prestasi pemain Malaysia dikekalkan untuk separuh masa kedua.
Minit ke 40 Malaysia menambah derita Lubnan dengan gol ke 2 menerusi Wan Zack Haikal yang menerima hantaran pass through Gary Steven Robat lalu melepaskan sepakan melepasi penjaga gol Lubnan.
Perlawanan mula berat kepada Lubnan dengan gerakan-gerakan menarik. 1 percubaan Lubnan dari kiri padang mengenai palang. 1 amaran kepada pertahanan Malaysia.
Nampaknya perlawanan 2nd leg ini lebih menarik kerana kedua-dua pasukan melakukan serangan balas dengan pantas. Setiap kali Lubnan menyerang semua pemain Malaysia turun.
Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke 8 menerusi half volley menarik Mohd Irfan Fazail ketika keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol Lubnan. 1 stadium bergema menyambut jaringan pertama itu.
Permainan sudah dimulakan. Agak malang kerana pemain Malaysia, Gary Steven Robat sudah dihadiahkan kad kuning seawal minit pertama permainan kerana melakukan tackel yang mengenai pemain Lubnan.
Kedua-dua sudah masuk ke padang. Lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Nampaknya begitu ramai peminat bolasepak Malaysia membanjiri stadium. Ada dalam 10 000 penonton yang hadir. Harap mereka ini dapat memberi sokongan yang padu kepada skuad Olimpik Malaysia.
Berita selanjutnya akan menyusul....
Gambar : Kredit kepada Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan
PREVIOUS ENTRY
Sekali lagi pastinya peminat bolasepak tempatan akan tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (23 June 2011). Dalam perlawanan pertama di Beirut, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, 0-0.
Walaupun kelebihan kini di pihak pasukan Olimpik Malaysia yang bermain di gelanggang sendiri, namun jika pasukan Olimpik Lubnan berjaya menjaringkan gol maka kelebihan akan memihak kepada mereka berdasarkan peraturan gol ditempat lawan.
Jika Malaysia menang, pusingan ke 3 nanti akan menyaksikan Malaysia bakal bersaing dengan 12 pasukan terbaik Asia yang diundi dalam 3 kumpulan. Setiap juara kumpulan akan layak secara automatik manakala naik juara akan bermain dalam format kumpulan bagi merebut satu slot lagi.
Inilah dia senarai pemain Olimpik Malaysia yang terpilih untuk perlawanan Malaysia VS Lubnan :-
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Muhd Zamir Selamat dan Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Pertahanan: Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amer Saidin, Mahalli Jasuli, Mohd Affizie Faizal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd Zubir Azmi.
Tengah: Mohd Irfan Fazail, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Abdul Shukur Jusoh, Mohd Fandi Othman, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Abu Bakar.
Penyerang: Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ferris Danial Mat Nasir.
Apa-apa pun jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang tak dapat tiket tu boleh tonton siaran langsung (live) di Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam ini (23 June 2011).
Keputusan @ result perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Lubnan live pusingan kedua 2nd leg kelayakan Sukan Olimpik 2012 akan di update di Blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat.. Tunggu...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~