Semalam berblogwalking ke blog Sharinginfoz bacalah entri terbaru mengenai kenaikan pakej baru Astro yang akan berkuatkuasa 11 Julai 2011 ini.
Dengar cerita ramai yang kecewa dengan kenaikan harga @ kadar Pakej Baru Astro Mulai Julai 2011. Kenaikan mencecah sehingga RM 15 ini memang membebankan pengguna !
Namun ia bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan dan sesetengah pelanggan akan menikmati penjimatan antara RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Inilah pakej baru yang Astro perkenalkan :-
Inilah pakej baru yang Astro perkenalkan :-
Bagaimanapun, Pekej Famili dikekalkan pada harga RM37.95 sebulan (atau hanya RM 1.30 sehari) untuk akses ke 38 buah saluran.
Kalau di lihat kepada pakej baru Astro baru ini, dapat disimpulkan salah satu sebab kenaikan harga adalah di sebabkan kos hak penyiaran sukan yang semakin meningkat.
Maklumlah tak lama lagi ada Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dan banyak lagi.
Inilah masalahnya kalau hanya 1 syarikat TV berbayar yang memonopoli pasaran. Kalau ada pesaing pastinya Astro tak sesuka hati menaikkan harga.
Sepatutnya Astro menimbangkan perkara ini (kenaikan harga pakej) terlebih dahulu melihatkan suasana sekeliling dengan orang ramai dibebani dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Alasan peningkatan kos penyiaran sudah kerap kali dicanang Astro bila ada kenaikan harga. Mungkin cara terbaik mengatasi peningkatan kos penyiaran ini ialah dengan meningkatkan hasil pengiklanan Astro...
Apa pula pendapat anda mengenai isu ini ?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~