Kerajaan telah melancarkan kempen “Kurang Gula, Kurang Belanja” bagi mendidik orang ramai mengamalkan cara hidup sihat dengan mengurangkan kandungan gula dalam badan.
Kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran yang menyertai kempen ini terlibat sekiranya mereka meminta kandungan gula dikurangkan dalam minuman.
Setakat ini 11 buah restaurant di Kuantan dan Pekan sudah menyertai kempen ini dan di jangkakan akan lebih banyak restaurant lagi akan menyertai kempen ini.
Secara peribadi memang bagus kempen kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian cuma tak tahu seikhlas mana restaurant ini akan mengurangkan harga minuman. Mungkin kita akan di caj dengan harga yang sama tanpa kita sedari. Oleh itu bila buat pembayaran tu eloklah tanya berapa harga minuman itu untuk membuat perbandingan...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~