Menurut beberapa ilmuan agama dan undang-undang, poligami tak semestinya boleh menyelesaikan masalah nafsu seorang lelaki, kerana Islam tidak menyatakan poligami penyelesaian kepada kesukaran golongan Adam mengawal nafsu.
Sepatutnya lelaki yang berdepan masalah itu perlu mengikut hukum yang menetapkan supaya berpuasa, mengamalkan zikir dan memperbanyakkan amalan kerana cara ini mampu melemahkan nafsu serakah selain godaan syaitan.
Kalau terdapat kes suami 'makan luar' atau 'haruan makan anak' hendaklah diperiksa latar belakangnya dari segi solat dan amalannya yang menyebabkan dia berbuat demikian. Kalau dia memang tergamak melakukan perkara itu bermakna perkahwinan itu semata-mata memuaskan nafsu.
Sepatutnya, apabila sudah mempunyai empat isteri, kita hendaklah berpuasa, banyakkan amalan dan berzikir kerana ini yang mampu melemahkan sedikit nafsu, Apa yang penting kita hendaklah berbalik kepada hukum.
Adios~~~~