Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

 


Piala Dunia 2010 kian hampir ke penghujungnya. 4 pasukan terakhir telah pun menempah tiket di peringkat separuh akhir; Sepanyol, Jerman, Uruguay dan Belanda.


Di sebalik kerancakan Piala Dunia kali ini, tahukan anda terdapat pemain berstatus bintang yang gagal menyerlah sehingga mengakibatkan pasukannya tersingkir.


Jom kita terjah siapa pemain bintang yang gagal menyerlah kali ini -


 1. Wayne Rooney (England)



  • Reputasi hebat beliau ketika beraksi untuk Manchester United gagal di terjemahkan di peringkat Piala Dunia.

  • Gagal menjaringkan sebarang gol untuk England.

  •  Bola yang berada di kakinya mudah dirampas pihak lawan.


2.  Cristiano Ronaldo(Portugal)




  • Walaupun membantu pasukannya membelasah Korea Utara 7-0 namun gagal menghalang kemaraan Sepanyol ke suku akhir. 

  • Hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.

  • Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai kapten apabila mengelakkan diri dari  sidang media.

  • Di anggap 'tidak wujud' di atas padang ketika menentang Sepanyol.


3. Lionel Messi (Argentina) 



  • Pemain Terbaik Dunia 2009 ini gagal menjaringkan sebarang gol untuk Argentina walaupun sering melakukan percubaan tepat ke arah gawang gol.

  • Gagal melakukan magis ketika menentang Jerman di peringkat suku akhir sehingga tersingkir.

  • Walaubagaimanapun beliau masih mampu memukau pihak lawan dengan kawalan bola yang kemas dan menarik.


4. Fernando Torres (Sepanyol)




  • Sukar mendapat rentak selepas kembali dari kecederaaan ketika beraksi untuk Liverpool.

  • Masih gagal menjaringkan sebarang gol selepas 5 perlawanan Piala Dunia 2010.

  • Kemampuannya di atas padang di katakan di bawah prestasi sebenar.

  • Walaubagaimanapun Sepanyol mara ke separuh akhir apabila pasangan penyerangnya, David Villa muncul menjaringkan gol penting.


5. Kaka (Brazil)



  • Sukar mendapat rentak selepas pulih dari kecederaan ketika beraksi untuk Real Madrid.

  • Dilayangkan kad merah ketika perlawanan menentang Ivory Coast.

  • Gagal menjaringkan sebarang gol tetapi membantu melorongkan bola untuk Luis Fabiano menjaringkan gol.

  • Gagal membantu Brazil layak ke separuh akhir (tewas kepada Belanda).


Di harapkan kegagalan mereka di peringkat antarabangsa tidak di bawa ke peringkat kelab nanti...


Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

The Crow Empire said...

Harap reputasi pemain di atas tak terjejas di liga club nnti. Terutama Rooney sbb die satu-satunya tunggak penyerang yg boleh harap di MU.

(^__^)

From : The Raven

Sharinginfoz said...

tension ngan messi dan rooney

suhaisweet said...

Nice..Very special for u.. Don’t Miss it!

are-bue said...

keputusan byk yg tak dijangka.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget