Sekarang ini semakin ramai saudara dan sahabat kita melangsungkan perkahwinan sejak dua menjak ini. Kalau boleh nak segerakan sebelum bermulanya bulan Ramadhan nanti. Tak menang tangan menerima jemputan.
Kalau di Facebook tu, penuh gambar perkahwinan sahaja. Tekan je 'home', tak lama keluar pula gambar yang terbaru. Sampai juling mata melihatnya.
Apa-apa pun aku baru pulang dari Kuantan menghadiri perkahwinan sahabat lama ketika sama-sama menuntut di sekolah Teknik 1 Kuantan dahulu. Memang seronok jumpa balik kawan-kawan lama.
Sebenarnya bila dah dapat undangan, memang serba salah di buatnya. Kalau tak datang nanti majlis kita mereka pula tak nak datang. Bukan tak nak datang, kadang-kadang ada kerja la, tak de duit la, jauh sangat la. Macam-macam halangan kan.
Bagi aku sendiri, untuk sem baru, aku terpaksa menolak kelas pada hujung minggu semata-mata mahu meraikan mereka yang bergelar raja sehari. Dah ada 5 pasangan yang dah 'booking' aku untuk majlis perkahwinan mereka.
Walaupun nampak pengorbanan aku sia-sia, bagi aku kebahagian mereka kebahagian aku jua. Oleh itu mana yang jemput aku untuk menghadiri majlis perkahwinan anda, InsyaAllah aku akan hadir...
Adios~~~~