Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

FDI Malaysia Catatkan Penurunan ?



Menurut laporan Malaysiakini, Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia mencatatkan penurunan pada tahun lalu.


Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada tahun 2008.


Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.




Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.


Prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.


Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.




Sebaliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.


Di dapati Malaysia mempunyai banyak sumber untuk di labur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang baik. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.


Halangan utama adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah. Oleh itu di harapkan pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dan menarik kembali pelabur asing ke Malaysia


Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Sharinginfoz said...

tapi figure fdi suku pertama 2010 hampir menyamai sepanjang tahun 2009

ilhamputra said...

apakah malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi

Anis Syuhada Nazari said...

sgt membimbangkan..
skang minyak naik harga pon dah terasa sgt...

AtasPagar said...

ni masalah ekonomi global,sebagai masyarakat yg intelektual kita kena meneliti perihal bukan sahaja malah di luar negara dan pada aku malaysia masih stabil walaupun dengan kenaikan minyak yg peratus kenaikannya masih diperingkat yg wajar.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget