Umum mengetahui Spain telah menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan setelah mengatasi Holland 1-0 pada perlawanan akir yang penuh debaran.
Spain muncul negara ke 8 menjulang piala ini dan lebih manis kaptennya, Iker Casillas dipilih sebagai pemenang Adidas Globe Award.
Kini pasukan ini telah pun pulang ke tanah air mereka untuk menyambut kemenangan mereka. Jom kita terjah pesta yang di adakan untuk menyambut wira-wira ini :-
Di sebelah malamnya pula pesta di adakan di sebuah dataran terbuka di bandaraya Madrid. Pepe Reina telah menjadi pengacara dalam majlis ini
Ketika Pepe Reina menemubual Cesc Fabregas, Carlos Puyol dan Gerrard Pique telah menyerbu Fabregas lalu menyarungkan jersi Barcelona kepadanya.
Adakah Fabregas akan menyertai Barcelona selepas tamatnya piala Dunia ini? Adakah Arsene Wenger rela melepaskan kapten Arsenal ini? Sama-samalah kita tunggu...
Adios~~~~