Baru-baru ini terdapat cadangan kepada kerajaan agar membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.
Dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Secara peribadi, cadangan ini baik. Bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran kakitangan kerajaan bahkan ini adalah salah satu cara kerajaan membalas jasa kakitangan kerajaan.
Tetapi alangkah baiknya jika peruntukan itu diperuntukkan untuk golongan miskin dan anak yatim yang mencapai keputusan cemerlang tetapi gagal menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Betul tak ?
Adios~~~