Nama Milan Jovanovic mungkin bukan popular di kalangan peminat bolasepak tetapi beliau merupakan penjaring gol tunggal perlawanan Serbia menentang Jerman yang memihak kepada Serbia pada Piala Dunia 2010.
Pemain berusia 29 tahun ini melengkapkan perjanjian 3 tahun bersama Liverpool dengan tiada yuran perpindahan selepas kontraknya tamat dengan kelab Belgium, Standard Liege.
Untuk rekod, Jovanovic adalah pemain terbaik Liga Belgium pada 2008 dan memenangi penjaring terbanyak liga itu untuk musim 2009.
Pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson menjangkakan meletak Jovanovic untuk bergandigan dengan Fernando Torres di bahagian serangan Liverpool sambil di bantu Dirk Kuyt.
Mampukah Jovanovic menggalas tugas membantu pasukan Liverpool menajamkan jentera serangan? Sama-sama kita tunggu...
Adios~~~