Pada 15-18 Julai 2010, Raub telah menjadi destinasi seterusnya Konvoi Singgah Mesra Sinar Harian. Konvoi ini di adakan di Dataran Majlis Daerah Raub bermula jam 9 pagi sehingga 12 malam.
Pelbagai aktiviti di adakan anataranya ialah pertandingan memasak, cabaran teh tarik, pertandingan karaoke, pertandingan andaman, pertandingan gubahan bunga dan banyak lagi.
Banyak gerai-gerai jualan di dirikan sepanjang karnival ini seperti gerai pakaian, makanan, barangan rumah, aksesori dan sebagainya.
(credit to : razakramli.blogspot.com)
Persembahan pentas juga di adakan untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Antara artis yang hadir ialah kumpulan Meditasi yang popular dengan lagu Demi Rindu Kita. Baru tahu yang Meditasi ini berasal dari Raub huhu..
Tak ketinggalan terdapat permainan 'rumah belon' untuk kanak-kanak sepanjang konvoi ini. Kalau tak silap nak main permainan ni kena bayar.
Di sini juga ada juga tapak jualan kereta Proton dan Perodua. Kereta baru seperti Proton Exora dan Myvi Limited Edition (untuk wanita) pun ada di tontonkan kepada orang ramai
Memang smart Myvi baru ini. Kalau ada awek boleh belikan 1 untuk dia hehe.. Kalau ada lah.
Apa-apapun terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Sinar Harian yang sudi membawa Konvoi Singgah Sinar Harian ke daerah Raub, Pahang.
Adios~~~~