Secara purata setiap majikan di negara ini kehilangan sebanyak 46 hari bekerja sepanjang tempoh sebulan Piala Dunia 2010 berlangsung di Afrika Selatan, mulai 11 Jun hingga 11 Julai lalu.
Jumlah ini bersamaan sebanyak 368 jam bekerja atau 1.2% berbanding 330 jam (1.08%), peningkatan sebanyak 5 hari kehilangan waktu bekerja yang pernah direkodkan semasa perlawanan sama di Jerman pada 2006.
Kajian yang di jalankan oleh Persatuan Majikan Malaysia (MEF) ini mengenai kesan Piala Dunia 2010 ke atas produktiviti pekerja mendapati 62 % respond menjangkakan akan terdapat kesan negatif terhadap produktiviti mereka.
Kehilangan hari bekerja itu berlaku kerana ponteng kerja, cuti sakit, datang lambat serta berlaku lebih banyak kesilapan dalam kerja kerana faktor mengantuk dan letih.
Terdapat 450,000 syarikat yang aktif dan mendaftar di negara ini, kalau masing-masing kehilangan 46 hari bekerja, bermakna seluruh ekonomi negara kehilangan hari bekerja sebanyak 20,700,000.
Memang kesan ini merugikan negara dalam jangka masa panjang. Apa-apa pun Piala Dunia sudah tamat jadi di harapkan pekerja di Malaysia ini dapat meningkatkan produktiviti untuk memajukan negara..
Adios~~~~