Di sini, disenaraikan beberapa sikap aneh golongan wanita. Mungkin kaum lelaki akan lebih mengenali pasangan mereka selepas membacanya.
1. Pujian
- Setiap gadis sukakan pujian. Apatah lagi pujian daripada lelaki yang mereka sukai. Namun yang peliknya, mereka selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
2. Respon
- Bila lelaki yang dicintainya memberikan respons positif, si gadis akan bersikap acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja lelaki itu beredar dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, kesemua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
3. Senyuman
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan, jadi buat golongan lelaki, jangan senyum sembarangan. Takut disalahertikan.
4. Jual Mahal
- Jika seorang gadis menolak kamu, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu. Tetapi jika dia menghubungimu kamu, teruskan usaha untuk memikatnya. Ini kerana perempuan memang suka 'jual mahal' kepada lelaki yang meminatinya.
5. Membuat Ramalan
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Lebih baik tanya kepadanya sendiri kerana wanita memang sangat sukar untuk dimengerti.
6. Cemburu Tak Bertempat
- Perkara pertama yang dicari wanita bila teman lelaki menunjukkan gambar-gambarnya bersama rakan-rakan, ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.
Adios~~~~