Kelab terkemuka England, Manchester United (MU) telah pun melancarkan jersi utama pasukan itu untuk musim 2010/2011.
Jersi baru ini mengekalkan warna merah dan putih sebagai warna rasmi. Apa yang paling ketara ialah penaja MU telah pun bertukar kepada AON. Ini jelas terpampang di bahagian dada jersi ini.
Selain penaja yang bertukar, jersi ini juga menampilkan kelainan dengan penggunaan kolar dan jalur berwarna putih di bahagian lengan. Jersi ini adalah sama dengan jersi MU pada tahun 1980.
Jom kita terjah jersi baru ini :-
Secara peribadi jersi ini kurang 'garang' berbanding jersi pada musim lepas. Apa yang pasti jersi ini menggabungkan elemen moden dan klasik dalam rekabentuknya.
Menurut sumber, pelancaran jersi baru ini di buat serentak seluruh dunia melalui kelab penyokong MU di serata dunia. Kelab penyokong MU di Malaysia juga tidak ketinggalan mengadakan majlis pelancaran jersi baru ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai jersi ini bolehlah klik di sini http://store.manutd.com/stores/
Adios~~~~