Tak lama selepas melancarkan jersi pertama, kini Liverpool telah pun melancarkan jersi kedua (away) pasukan itu untuk musim 2010/2011.
Jersi kedua ini menggunakan warna putih, merah dan hitam sebagai warna tema. Apa yang menariknya, terdapat jalur jarang berwarna merah menghiasi bahagian hadapan jersi.
Jom kita terjah jersi baru ini dengan lebih dekat :-
Jom kita terjah jersi untuk si penjaga gawang pula; Pepe Reina :-
Secara peribadi jersi kedua ini memang mengancam. Dari jauh nampak garang. Sekarang ini banyak pasukan menggunakan jalur jarang di bahagian hadapan agar nampak menarik termasuklah Arsenal.
Jersi kedua ini dah masuk shopping list saya. Rasanya kalau Liverpool menunjukkan persembahan mantap pada musim akan datang, saya tidak keberatan untuk memakai jersi ini ke mana sahaja.
Sesiapa yang berkenan untuk mendapatkan jersi ini bolehlah klik di link ini untuk makluman lanjut :- http://store.liverpoolfc.tv/
Adios~~~