Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan mat rempit agar menyertai Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik.
Menurut Datin Rosmah, pihaknya tidak mahu memaksa mereka menyertai program ini kerana ia mesti dilakukan dengan kehendak sendiri.
Beliau berharap kem ini dapat meningkatkan kesedaran kepada mat rempit tentang keburukan kegiatan lumba motosikal haram dan kegiatan yang tidak berfaedah.

Di fahamkan terdapat kira-kira 30,000 mat rempit di negara ini namun hanya 33 yang menyertai kem itu.
Komen aku :-
- Setakat saranan dari Datin Rosmah tak cukup bagi 'mencairkan' mat rempit. Sekurang-kurangnya gunalah Lisa Surihani bagi 'mencairkan' mat rempit ini.
- Mat rempit tak akan mudah menyerah diri begitu mudah untuk 'di sekolahkan'. Mana yang mana kantoi dalam serbuan lumba haram tu hantarlah mereka ke kem itu.
- Selalunya mat rempit akan menyesal setelah berlakunya sesuatu yang buruk kepada dirinya contohnya kemalangan yang menyebabkan tangan patah. Dah terhantuk baru mengadah. Tak gitu?
Adios~~~~