Laporan dari espnstar.com menyatakan penyerang Liverpool, Fernando Torres menggesa kelab Anfield itu mendapatkan pemain berkualiti pada musim perpindahan pemain bulan Disember ini.
Liverpool yang menduduki tangga ke 6 Liga Perdana Inggeris terdesak untuk menamatkan cabaran di tangga ke 4 untuk layak ke cabaran Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Musim ini agak mengecewakan buat Liverpool yang kalah 9 perlawanan Liga Domestik setakat ini selain tersinggir awal dari buruan mahkota Liga Juara-Juara Eropah. Yang terbaru tumpas kepada Lille 1-0 dalam Liga Eropah
Torres berkata apa yang penting ialah Liverpool perlu mendominasi musim perpindahan pemain nanti dengan sekurang-kurangnya membawa masuk 5 pemain berkualiti. Ini dapat meningkatkan kualiti permainan Liverpool.
Sekurang-kurangnya ada 2 pemain berkualiti untuk setiap posisi. Pemain akan bermain bersungguh-sungguh untuk memikat jurulatih bila ada persaingan merebut tempat untuk setiap posisi.
Torres juga tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Liverpool jika kelab dari Anfield itu masih bergelut untuk menamatkan cabaran di tangga ke 4 Liga Perdana Inggeris musim hadapan.
Adios~~~