Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Terima Kasih Cikgu Isza !


Belum pernah lagi saya menulis entri sebagai penghargaan kepada seseorang tetapi 'Hari Ini Dalam Sejarah' pertama kalinya saya menulis entri sebagai penghargaan kepada rakan blogger saya iaitu Cikgu Isza yang menceritakan tentang blog saya di blognya.

Dalam blognya, beliau melahirkan rasa penghargaan kepada saya yang telah menjadi follower nya yang ke 256. Menurut beliau, angka 256 tu membawa makna kepada beliau. Makna apa sebenarnya hanya Allah dan dia sahaja mengetahuinya.

Terima kasih Cikgu Isza yang memuji bentuk penulisan saya. Katanya ideaku kreatif, matang, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan menarik hati. Hmm.. pada saya, konsepnya mudah. Hanya perlu rajin menulis, gunakan imiginasi dan selalu membaca bahan-bahan ilmiah. 

Tentang idea itu, kenalah buka minda dan peka dengan sekeliling. Kadang-kadang benda yang kecil boleh menjadi menarik jika penyampaiannya disusun secara teratur.

Untuk pengetahuan Cikgu Isza dan pembaca sekelian, sebenarnya 'AkU dAn SeSuAtu' itu menggambarkan tentang diri saya dan apa yang berlaku di sekeliling. Kemudian saya terjemahkan dalam bentuk penulisan. Tentang 'Yang Terindah Hanya Sementara' itu menggambarkan apa yang kita nikmati di dunia ini hanya berbentuk sementara.    

Pada saya Cikgu Isza tidak kurang hebatnya. Dengan jumlah pengikut yang ramai, ini bermakna blog Cikgu Isza dah establish lama dalam arena blogging ini. Dari segi rekabentuk blog dia memang menarik sekali. Semua gadgetnya tersusun rapi. 


Terus terang saya katakan saya tidak pandai dalam mengedit HTML code untuk templet tak seperti Cikgu Isza ni. Saya memilih jalan mudah dengan memilih templet yang di sediakan oleh pembekal perkhidmatan. 

Dari segi kandungan blognya, ia lebih menjurus kepada perihal keibuan dan pendidikan. Bagi saya ianya satu  kelainan yang tak ramai orang menggunakan pendekatan ini. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat sesuatu perkara dalam bentuk perspektif yang berbeza. Tahniah Cikgu Isza!

Entri ini bukanlah bertujuan untuk 'masuk bakul angkat sendiri' atau 'tolong kawan cari makan' , cuma nak berkongsi rasa terharu dan berterima kasih kerana ada yang menghargai titik peluh kita selama ini selain dari memberi sokongan dan dorongan supaya lebih maju di masa akan datang..

Adios~~~


Comments
2 Comments

2 comments:

cikgu isza said...

terima kasih dik..
ikhlas akak memang kagum dengan entri adik.. ideanya menarik! Tentang nombor tu.. biarlah ia menjadi MISTERI.. hehehe
Akak juga baru berblog.. belum setahun jagung kata orang,
errr.. bab template tu pilih kat free blogger template jer.. adjust codding ckit (belajar dari mereka yang pakar)

apa pun blog yang simple tapi mempunyai entri yang menarik seperti blog ini.. insyaallah.. dapat pergi lebih jauh.. teruskan berblogging.

:)

ParkAir said...

aku pun suka cara ko menulis.. ;)
html tu belajar sikit2 je xpe. dalam w3school.com ada.
aku pun reti sikit2 je..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget