Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Lelaki Tua - Selera Gadis Masa Kini ?

 (Gambar Hiasan)

Topik aku kali ini agak kontroversi sikit. Mintak maaf awal-awal kalau ada yang terasa. Aku tertanya-tanya kenapa ya sekarang ni dah jadi trend anak gadis muda cari lelaki tua untuk di jadikan suami? Apa yang diorang cari sebenarnya? Bagi aku :-
  • Gadis masa kini suka lelaki tua kerana golongan ini lebih matang dalam segala aspek contohnya dalam membuat keputusan. Lelaki tua biasanya lebih cool bila berhadapan situasi yang tidak menentu. Betullah kata pepatah "orang tua lebih banyak makan garam". Lelaki muda pula kebanyakkannya teragak-agak dalam menentukan sesuatu perkara.
  • Kebanyakkan gadis hari ini menganggap ayah mereka sebagai sebaik-baik role model dan hero bagi mereka. Setiap permasalahan yang melanda kepada gadis ini, ayah merekalah yang membantu mereka menyelesaikannya. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka jatuh cinta kepada lelaki tua.
  • Lelaki tua selalunya di sinonimkan dengan banyak duit terutamanya yang berpangkat tinggi. Faktor kewangan yang kukuh ini menarik minat gadis untuk mendampingi lelaki tua. Mungkin dalam kepala mereka, lelaki tua ini cepat mati, so harta peninggalan boleh jatuh ke tangan mereka setelah mereka berkahwin.         
  • Tak kurang juga ada yang menganggap lelaki tua ni lebih romantik dan pandai memujuk. Yelah hidup dah lama, mesti pernah bercinta banyak kali. Pengalaman masa silam membuat golongan ini lebih memahami kehendak dan kemahuan gadis masakini.
Sebanarnya aku tak terjejas pun dengan situasi ini. Ini adalah pandangan peribadi aku sahaja. Mungkin ada gadis di luar sana tak setuju dengan pendapat aku. Terpulanglah. Kalau ada yang tak sependapat dengan aku sila tinggalkan komen anda.

Jodoh pertemuan adalah urusan Tuhan. Kita hanya merancang Tuhan yang menetukan.. 

Adios~~

Comments
4 Comments

4 comments:

luZ a.k.a MLM eXpErtS said...

aku x phm...
pe la taste dorg ne...

Anonymous said...

hmmm...klu bleh nk cari yg lbh kurang je umur..nk rasa mulakan hidup ni bersama.nk rasa susah sng sama2..yang penting hati suka, syang dia n terima dia seadanya..mesti hidup ni indah je rasa.hope dia paham

Ayusipermatabiru said...

Yang tua-tua ni romantiknye lain...;)..manjenya pn lebih..hahaha..

CasaBlander said...

sebabnya satu jer; lelaki tua bbanyak duit..mintak apa saja mesti dapat punya! huhuu~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget