Nampaknya China bersungguh-sungguh mahu menjadi peneraju ekonomi dunia sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menghasilkan produk tiruaan. Antaranya adalah kereta. Gambar di bawah ni adalah kereta tiruan dari China yang ditiru dari jenama kereta antarabangsa.
Mercedes C vs Geely Merrie 300
BMW 7 vs BYD F6
Nissan XTrail vs Greatwall Sing
Smart vs Chinese Smart
Toyota Prado vs Dadi Shuttle
Neoplan Starliner vs Zonda A9
Honda CRV vs Laibao SRV
Vauxhall Frontera vs Landwind
Daewoo Matiz vs Chery QQ
Rolls-Royce Phantom vs Hongqi HQD
Khabarnya tiada halangan dari kerajaan China untuk meniru mana-mana model kereta antarabangsa. Ini untuk membolehkan rakyat memiliki kereta seakan-akan model luar tanpa perlu mengimport kereta dari luar.
Harganya pun lebih murah jika dibandingkan dengan jenama kereta antarabangsa. Bagaimana pula kualitinya? Hmm.. kalau dah harga murah pasti anda dapat mengagak tahap kualitinya kan.
Soal tiru-meniru ini bagi aku ada baiknya. Mula-mula tiru dulu sampai hasilnya hampir sama. Bila dah mampu berdiri sendiri barulah hasilkan model dan jenama sendiri. Banyak syarikat baru yang mempraktikkan cara ini dan dah terbukti formula ini berjaya.
Always learn from the best kan..
Adios~~~