Dalam perancangan nak pergi bandar tengahari ni jalan jalan tapi cuaca panas membantutkan hasrat aku. Kang bertambah hitam plak aku. Dah la tak kawen lagi nih. So bila dah kansel plan tu cari la alternatif lain yang aku boleh buat tengahari ni. So macam biasa la apa lagi blogwalking la..
Sebelum blogwalking, usha blog sendiri dulu. Tiba-tiba ternampak iklan yang Tiger Airways on the top on my blog. Aik macam mana iklan tu boleh duk situ. Yang pasti iklan ni bukan dari Nuffnang..
Aku tak pernah register untuk syarikat pengiklanan lain selain Nuffnang. Ke iklan ni ada authority untuk terjah mana-mana blog yang dia suka?
Fikir-fikir balik biarlah iklan tu kat situ. Asalkan dia tak ganggu hidup aku sudahlah. Maybe iklan tu rasa trafik tinggi kot kat blog aku ni walaupun tak sesak pun blog aku ni hahaha.. Apa-apa aku anggap ini sebagai satu pengiktirafan kepada aku..