Pastinya pecinta buku tidak terlepas menghadiri Pesta Buku Antarabangsa 2010 Kuala Lumpur yang berlangsung dari 19 Mac - 28 Mac 2010 yang bertempat di PWTC baru-baru ini. Walaupun aku bukanlah pecinta buku tapi aku hadir ke pesta ini sebagai memberi sokongan kepada kempen mari membaca.
Pesta buku ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran melalui Majlis Buku Kebangsaan. 192 syarikat buku dari 14 negara mengambil bahagian dalam pesta ini. Untuk memeriahkan pesta ini banyak acara dan pertandingan di anjurkan.
Jom kita terjah suasana di Pesta Buku ini:-
Pintu gerbang yang menyambut kehadiran pecinta buku
Pelbagai aktiviti di adakan di pentas utama
Koleksi karya Karangkraf kat dalam ni
Booth Pencinta komik
Booth Kumpulan Utusan Melayu
Koleksi buku untuk si hati taman
Koleksi buku buat ilmuan agama
Yang ini sesuai untuk aku kot..
Buku anatarabangsa pun turut di lelong
Koleksi buku 'abang-abang' aku pun ada gak..
Ada orang kata mamat ni artis. Ye ker? Tak tau lak aku...
Suasana kemeriahan orang ramai yang membanjiri booth-booth pilihan.
Pesta buku seperti ini memang langkah terbaik untuk menggalakkan golongan muda masakini untuk minat membaca. Hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak kerajaan dan swasta dah memainkan peranan mereka seterusnya adalah tanggungjawab ibubapa untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan anak-anak.
Apa-apa pun tahniah buat penganjur yang telah menjayakan pesta ini dengan jayanya..
Adios~~~