Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Fakta Menarik Tentang Filem Tamil


Sebelum ini aku pernah menghasilkan entri berkenaan filem tamil. Penghasilan entri itu bukanlah bermaksud aku peminat filem tetapi sekadar ingin berkongsi info. 

Atas desakan rakan-rakan, mereka mahu aku menulis lagi tentang uniknya filem tamil. Demi tidak menghampakan mereka aku sertakan sedikit lagi info menarik tentang filem tamil :-

  • Hero filem tamil langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk & dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja... 'adih, adiiiih!'
  • Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin (begitu juga sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan!  
  • Selepas disapu ke muka, mekap heroin tidak luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan atau ribut petir
  • Pasangan kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang, tapi eh... tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama. Misteri betul.. dari mana datangnya 100 orang itu?   
  • Di akhir filem itu, si hero mendapati penjahat yang di musuhi selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya ialah emaknya, Inspektor Sahab adalah bapanya, pendakwa raya ialah sepupunya dan hakim ialah bapa saudaranya....
  • Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris seperti No problem!, My God!, Get out!, Shut up!, Imposibble!, Please forgive me! dan perkataan-perkataan ini mesti di sebut dengan kuat.   
  • Sepasang kekasih boleh bergolek-golek di ats tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain dalam masa yang singkat!    

Sebenarnya ada lagi 38 fakta tentang filem tamil tapi aku memilih untuk menulis beberapa fakta sahaja sebab nanti anda tidak larat nak baca semuanya.. Kalau ada masa aku akan menulis lagi..

Apa-apa pun enjoy..

Adios~~~


Comments
4 Comments

4 comments:

deus X machina said...

hak hak hak
memang betul pun fakta2 ni

apa pun aku tetap suka sivaji
erk888

kenwooi said...

haha nice one! funny =P

ery said...

hahaah... btol la...
lawok2.. ehehhe

cikgu isza said...

kadang2 best juga tengok..
yang lebih hebat dari filem melayu pun ade..huhuhu

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget