Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Beckham Gagal Bantu Milan Di Old Trafford


Perlawanan Pusingan ke 2 Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi menyaksikan kali pertama David Beckam pulang ke stadium keramat Old Trafford sebagai pemain lawan setelah meninggalkan Manchester United (MU) pada 2003. 

Beckam yang menyarung jersi AC Milan sebagai pemain pinjaman bagaimanapun gagal membantu pasukannya untuk mara ke suku akhir. Dalam perlawanan itu MU menang besar 4-0 hasil 2 jaringan Wayne Rooney dan masing-masing satu buat Park Ji Sung dan Darren Fletcher.


Secara keseluruhannya, MU mendominasi permainan. Setiap ruang padang di gunakan sepenuhnya untuk merantai pergerakan pemain Milan. Rangkaian serangan Milan yang di ketuai oleh Ronaldinho hampir tiada jawapan bagi kekentalan benteng MU.    


Beckham yang di bawa masuk pada separuh masa kedua pula gagal memberi impak kepada Milan melainkan 1 percubaan tepat dari luar kotak penalti terus ke dakapan penjaga gol MU. Hantaran lintangnya pula gagal di sempurnakan oleh penyerang Milan. 

Walaubagaimanapun, peminat MU masih memberi penghormatan kepada Beckam selepas tamat perlawanan itu. Beckam pula mengenakan skaf berwarna hijau dan emas sebagai menyokong peminat MU yang memprotes pemilik United, Malcolm Glazer.

Dalam lagi 1 perlawanan, Real Madrid pula seri 1-1 dengan Lyon di mana menyaksikan Lyon mara ke suku akhir degan aggregat 1-2. Cristiano Ronaldo meletakkan Real di hadapan pada minit ke 6 namun kedudukan ini tidak bertahan lama apabila Miralem Pjanic menyamakan kededukan pada minit ke 75.


Kelab yang berbelanja besar membawa masuk bintang bolasepak termasuk Kaka dan Cristiano Ronaldo terpaksa gigit jari lagi kerana ini kali ke 6 berturut-turut gagal mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.


Bertambah malang lagi apabila perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah telah di tetapkan di stadium keramat Real Madrid, Santiago Bernabeu. Ini bermakna mereka terlepas untuk beraksi di perlawanan akhir di gelanggang sendiri.

Kini Arsenal, Bayern Munich, Manchester United dan Lyon sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. Lagi 4 pasukan yang akan diketahui pada minggu hadapan. Chelsea dan Barcelona adalah antara kelab pilihan untuk mara menyertai kelompok ini.

Liga Juara-Juara Eropah tidak pernah sunyi dengan kejutan. Ini menyebabkan ramai yang  teruna  teruja untuk menyaksikan perlawanan seterusnya. Sama-sama kita nantikan keputusannya minggu hadapan.

Adios~~~



Comments
1 Comments

1 comments:

kenwooi said...

too bad for ronaldo.. =)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget