Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Bilalah Astro Nak Ada Pesaing Ni...


Baru-baru ini ada terdengar dalam persidangan Dewan Rakyat ada Ahli Parlimen mengemukakan persoalan tentang syarikat TV berbayar. Untuk rekod, 7 syarikat telah diberikan lesen oleh kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan TV berbayar. Tapi sehingga hari ini Astro masih memonopoli industri ini. Mana perginya 7 syarikat ini?

Tujuan pemberian lesen ini adalah sebagai alternatif kepada pengguna dan dapat menghapuskan monopoli Astro. Bila monopoli banyak kesan buruknya kepada pengguna. Contohnnya bila Astro naikkan caj RM12 untuk saluran sukan, kita terpaksa tanggung kos ini. 

Bila dah ada persaingan, pengguna akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik maka tiadalah syarikat-syarikat ini  menaikkan caj sesuka hati. 


Secara realitinya memang susah nak lawan Astro. Dulu MiTV pun boleh bungkus. MiTV menghentikan operasinya kerana capital investment untuk terrestrial pay tv infra sangat tinggi. Ketika itu Astro pula dah ramai pelanggannya.

Sebenarnya ramai pengguna di Malaysia mahukan industri ini seperti industri telekomunikasi di mana pengguna mempunyai pilihan untuk memilih sama ada Celcom, Maxis atau Digi. Mereka ini berlumba-lumba memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Bilakah semua ini akan berakhir.. Adakah kerajaan perlu memberi lagi banyak lesen untuk mewujudkan lagi banyak syarikat TV berbayar? Jika perlu, lakukanlah. Ini untuk kebaikan pengguna supaya kita dapat memilih  yang terbaik. Inilah caranya melahirkan pengguna yang bijak bukan terpijak..

Adios~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget