Satu sindiket terancang telah menghasilkan sendiri minyak pelincir kenderaan dengan meniru bulat-bulat beberapa jenama minyak pelincir terkenal antarabangsa yang berada di pasaran.
Operasi licik yang dikesan mampu menghasilkan ribuan botol minyak pelincir sintetik palsu yang kemudian dijual dengan harga sama.
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Selangor menyerbu gudang berkenaan dan merampas sejumlah minyak pelincir ‘cetak rompak’ bernilai lebih RM1 juta.
Kewujudan kilang membuat minyak pelincir kenderaan tiruan itu berjaya dibongkar hasil maklumat orang ramai dan kerjasama pihak polis Selangor
Bahaya sungguh kalau kita terbeli minyak pelincir palsu kan. Ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan kita. Tapi kita sebagai pengguna macam mana nak tau yang minyak pelincir kita beli tu tulen atau palsu kerana ianya menggunakan botol yang original cuma isi dalaman nya sahaja yang palsu..
Ada sapa-sapa yang arif tentang perkara ini minta berkongsi maklumat ya..
0 Comments