Hajat petang ni nak tidur tapi apakan daya baru 10 minit landing atas katil dah basah. Bukan di sebabkan kencing tapi berpeluh sebab cuaca panas sangat sekarang ni sampai ke malam. Kampung aku yang aku dewa-dewakan sebagai tempat paling sejuk di Malaysia pun dah kena tempias cuaca panas.
Apakan daya tak dapat tidur so terpaksalah buat blog. So topik aku kali ni adalah tentang cuaca panas dan kering yang melanda negara kita sekarang ni.
Keadaan cuaca semasa yang panas dan kering sampai ke malam yang di alami di seluruh negara ketika ini adalah perkara yang normal bagi bulan Mac. Ini adalah kerana ketika ini negara sedang berada dalam fasa penghujung musim monsun TimurLaut dimana lazimnya cuaca adalah panas dan kering.
Aktiviti-aktiviti cuaca adalah sangat aktif di bahagian Hemisfera Selatan berbanding di Hemisfera Utara. . Terdapat fenomena yang lazim berlaku pada setiap tahun pada bulan Mac ialah dimana matahari bergerak merentasi garisan Khatulistiwa. Keadaan ini menyebabkan seluruh negara khususnya Semenanjung Malaysia terdedah kepada cuaca yang agak kering.
Cuaca kering dan panas ini di jangka berakhir pada awal bulan April ini. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesan cuaca panas dan kering ini :-
Banyakkan minum air untuk mengganti kehilangan bendalir dalam badan
Makan banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C
Bagi yang ada losyen tangan dan muka tu pakailah selalu
Kerap Mandi untuk menurunkan suhu badan
Selamat mencuba ya.. Adios~~~