Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Datuk Lee Chong Wei Juara All England !

 
Malam tadi menyaksikan 1 Malaysia berpesta meraikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan terbuka All England di Arena Tertutup Birmingham, Enagland. 

Siaran langsung yang disiarkan oleh RTM 1 menjadi detik sejarah bagaimana Datuk Lee Chong Wei menumpaskan Kenichi Tago 21-18, 21-19 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan.

Datuk Lee Chong Wei tidak diberikan laluan mudah oleh lawannya sehingga memaksanya memerah keringat untuk menundukkan jaguh muda dari Jepun itu. Malah Datuk Lee Chong Wei kerap kali  di perangkap dengan permainan di jaring namun pengalaman banyak membantu pemain nombor 1 dunia itu.


Adegan kejar mengejar berlaku sepanjang permainan. Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei ketinggalan 0-4 namun bangkit untuk mengejar sehingga berjaya memenangi set pertama. 

Di set ke 2, Kenichi Tago tidak membenarkan dirinya ketinggalan jauh tetapi masih gagal menyekat kemaraan Datuk Lee Chong Wei.   

Kenichi Tago yang di gelar 'Giant Killer' di jangka akan menjadi seorang pemain badminton yang handal suatu hari nanti berdasarkan prestasi mengagumkan sehingga mampu menumpuskan pemain handalan seperti Bao Chunlai di peringkat separuh akhir.

Di mana pemain badminton Malaysia yang lain ya? Semuanya dah tersingkir awal. Paling jauh pun setakat suku akhir. Sesuatu perlu di lakukan oleh BAM untuk memastikan sukan badminton tidak bergantung kepada muka yang sama saja setiap kali kejohanan. Pemain itu bukannya makin 'muda'..

Fikir-fikirkanlah..

Adios~~


Comments
1 Comments

1 comments:

BaziLah @ buzZy (^0^) said...

hebat la chong wei nih..malaysia boleh! :)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget