Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010


Undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010 menyaksikan Barcelona akan mempertahankan kejuaraan mereka musim lepas dengan menentang Arsenal. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada perlawanan akhir musim 2006 di mana Barcelona menundukkan Arsenal 2-1. 

Undian dibuat oleh Setiausaha agung UEFA Gianni Infantino dan duta perlawanan akhir di Madrid, Emilio Butragueño. Undian ini juga menyaksikan Thiery Henry akan menentang kelab lamanya itu.

Satu lagi perlawanan tumpuan menyaksikan Bayern Munich menentang Manchester United. Ini bakal mengimbas kembali perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 1999 di mana kemenangan berpihak kepada kelab dari England itu 2-1.


Agak malang bagi kontigen Perancis apabila kedua-dua kelabnya iaitu Olympique Lyon dan Bordeaux terpaksa menentang sesama sendiri. Lagi satu perlawanan menyaksikan Inter Milan akan menentang CSKA Moscow. Di atas kertas Inter Milan adalah pilihan jika di sandarkan kepada prestasi mereka menundukkan Chelsea di pusingan kedua kalah mati. 

Jadual perlawanan adalah seperti berikut:-


Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabéu, Madrid pada hari sabtu  22 May 2010. Jangan ketinggalan menyaksikan setiap perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang penuh dengan kejutan ini..

Adios~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

cntik...
arsenal vs barcelona...best ne...

Sharinginfoz said...

thanks for the info.... arsenal.... has a good chance.... hopefully they can win the first game with barcelona....

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget