Masyarakat di India gempar dengan berita kononnya pegawai dan anggota polis di daerah Sriganganagar dekat Jaipur menjual mayat secara haram kepada sebuah kolej perubatan untuk dijadikan bahan ujian.
Kes ini terbongkar setelah seorang tukang emas, mendapati mayat anak lelakinya yang mati dibunuh, dibawa ke sebuah kolej perubatan sebaik saja bedah siasat dijalankan.
Siasatan yang dilakukan mendapati 23 mayat telah dijual kepada kolej-kolej perubatan dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Pendedahan oleh bapa mangsa memaksa polis menjalankan siasatan. Hasilnya seramai 13 pegawai dan anggota polis sedang dibicarakan berhubung kes ini.
Khabar angin mengatakan bahawa bapa mangsa terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada sebuah kolej perubatan untuk mendapatkan balik mayat anaknya.
Tak sangka dengan mayat pun boleh buat bisnes.. Apa-apapun tindakan polis itu adalah tidak wajar sama sekali kerana memperdagangkan mayat. Kalaulah ini disebabkan oleh gaji polis di India kecil, kerjalah di sini. Gaji polis di sini dah naik..
Adios~~~