Topik aku kali ini adalah tentang sikap tidak bertanggungjawab pekedai yang mengenakan caj extra 2% jika pengguna berbelanja menggunakan kad kredit. Pernah tak anda mengalami situasi seperti ini?. Secara jujurnya aku pernah mengalaminya beberapa kali.
Kenapa pekedai ini mengenakan caj extra 2% jika pengguna menggunakan kad kredit? Biasanya pekedai yang mengenakan caj 2% ini adalah pekedai yang jumlah transaksi penggunaan kad kredit tidak mencapai jumlah transaksi yang di tetapkan oleh pihak bank.
Jika pekedai tidak mencapai jumlah transaksi yang ditetapkan, bank akan mengenakan caj interest yang lebih tinggi. Oleh itu pekedai memanipulasikan keadaan ini dengan mengalihkan kos tanggungan transaksi kad kredit itu kepada pengguna.
Sungguh licik kan..
Sepatutnya kos tanggungan transaksi kad kredit adalah tanggungan pekedai itu, bukan pengguna kerana ini adalah kos penggunaan mesin terminal yang di sediakan oleh pihak bank.
Sepatutnya kos tanggungan transaksi kad kredit adalah tanggungan pekedai itu, bukan pengguna kerana ini adalah kos penggunaan mesin terminal yang di sediakan oleh pihak bank.
Bagaimana kita hendak menangani masalah ini? Sebenarnya kita boleh membuat laporan kepada pihak bank dengan menunjukkan resit pembelian barangan yang dikenakan caj tambahan sebagai bukti. Oleh itu pihak bank boleh mengambil tindakan susulan terhadap pekedai itu.
Atau jalan paling mudah ialah boikot sahaja pekedai itu. Sebagai pengguna bijak (bukan terpijak) kita mempunyai pilihan untuk tidak berbelanja di kedai yang mengenakan caj tambahan ini. Boikot sahaja bisnes mereka. Kalau mereka hendak 'kenakan' kita, buat apa kita hendak sokong bisnes mereka.. Tak gitu?
Adios..