Menurut laporan espnstar.com, impian David Beckham untuk beraksi dalam Piala Dunia yang bermula Julai nanti nampaknya telah lebur setelah mengalami kecederaan tendon pada urat (Achilles - dari otot betis ke tumit).
Bekas kapten England berusia 34 tahun itu ditimpa kecelakaan itu ketika beraksi untuk AC Milan bertemu Chievo yang berkesudahan menang 1-0 di San Siro, awal pagi tadi.
Menurut Presiden AC Milan, kecederaan yang dialami Beckham akan mengambil masa 4 hingga 5 bulan untuk pulih sepenuhnnya. Ini bakal meranapkan impian Beckah untuk menjadi pemain yang beraksi dalam 4 edisi Piala Dunia berturut-turut.
Jika Beckham gagal pulih sebelum bermulanya Piala Dunia nampaknya posisi sayap kanan bakal menjadi rebutan Shaun Wright Phillip (Manchester City), James Milner (Aston Villa), Theo Walcott (Arsenal) dan Aaron Lennon (Tottenham Hotspur).
Jika melihat kepada perlawanan persahabatan England sebelum ini, Beckam bukanlah pilihan utama jurulatih England, Fabio Capello. England mempunyai ramai pemain berbakat untuk setiap posisi. Kepada peminat England, tak perlulah bimbang dengan kecelakaan yang menimpa Beckham..
Adios~~