Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dominasi Pelajar Perempuan Di IPT


Ini bukanlah isu baru. Bahkan isu ini pernah di bincang dalam parlimen. Ada ura-ura pelajar lelaki akan di tawarkan lebih banyak tempat di universiti kerana statistik menunjukkan pelajar perempuan mendominasi 70% dari jumlah keseluruhan pelajar di universiti. 

Di mana pelajar lelaki? Ada nada sinis menjawab lelaki lebih tertumpu di pusat serenti. Adakah itu jawapan sebenarnya? Mungkin ada kebenarannya tapi bukanlah golongan ini bukanlah mewakili jumlah majoriti.


Hasil tinjauan, kebanyakan pelajar lelaki melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal.

Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan ‘belajar untuk lulus periksa'.   Pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan menghafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka.

Kecenderungan lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada kemahiran. Mereka tidak suka  membaca dan menghafal yang akhirnya 'dimuntahkan' atas kertas jawapan peperiksaan. 


Oleh disebabkan itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya.

Keadaan ini berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks.


Walaupun ada asasnya dakwaan ini, bagi aku pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran “kakaktua” ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Fikir-fikirkanlah..

Adios~~~


Comments
3 Comments

3 comments:

Omar said...

betul tu, sistem pendidikan di negara kita masih lagi exam-oriented dan semuanya tertumpu kepada exam semata-mata.. sebab tu la IPTA penuh dengan lambakan mahasiswi..

INILHOUR said...

eh malaysian i think is not bad...saya blajar in australian system and i think the survival is much tougher than any other system..
mahasiswa IPTA harus bersyukur. they dont have to handle tough competition sgt, xperlu handle oppression & discrimination mcm org yg study yg abroad... so they should not just take it for granted..they should be gratifying and appreciating..alhamdullilah :)

fakhruddin said...

The Malaysian system boils down to the exam system. As long as you know how to write the right answer, you're "successful".

I'm going to grad this August myself though. Good riddance education system!! ;)

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget