Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Ayah Pin Muncul Di Facebook ?


Menurut Berita Harian hari ini, ketua kumpulan ajaran sesat Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 69,  dipercayai sudah muncul kembali tetapi kali ini menggunakan medium laman sosial Facebook untuk menyebarkan ajarannya.

Ayah Pin di katakan sudah kembali ke kampung halamannya yang pernah dirobohkan suatu ketika dahulu di Hulu Besut selepas sekian lama menyembunyikan diri. Ada dakwaan mengatakan Ayah Pin bersembunyi di Selatan Thailand sebelum ini. 

Kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, pihak kementerian akan memantau akaun Facebook Ayah Pin untuk memastikan Facebook tidak disalahgunakan untuk menyebarkan dakwah songsang Ayah Pin.

Orang ramai pula di nasihati tidak menjadi pengikut Ayah Pin di Facebook.

Ayah Pin boleh di anggap ancaman kepada perkembangan Islam yang syumul. Harap-harap Pihak Berkuasa  dapat meneruskan usaha memburu beliau seperti mana memburu Raja Petra.. 

Adios~~~

Comments
2 Comments

2 comments:

TMUkmkd said...

emm kalau ikut tu dia dah ishtihar dia bukan islam kan? tapi kenapa dia dikawal bawah ajaran islam?
hoho

Sharinginfoz said...

memang advance sekarang kan.... anyway nice ads, digi

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget