Universiti Perdana iaitu sebuah universiti baru di Malaysia telah pun dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.
Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti Perdana ini.
Antara tujuan pembukaan Universiti Perdana ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.
PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.
Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons in Ireland.
Secara peribadi, bagus juga adanya Universiti Perdana ini. Pelajar perubatan tidak perlu lagi ke luar negara untuk melanjutkan pengajian. Ini dapat dapat menjimatkan kos kerana kos untuk belajar perubatan di Amerika dan di negara-negara lain sangat tinggi.
Di harapkan selepas ini kos yang digunakan untuk menghantar pelajar Malaysia ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dapat digunakan untuk membantu rakyat miskin di luar bandar...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~