Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Logo Baru Maybank 2011



Inilah dia logo baru Maybank 2011 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Menara Maybank baru-baru in. 


Logo baru Maybank ini kelihatan lebih segar, sejajar dengan kedudukannya untuk menjadikan Maybank peneraju kewangan serantau sambil mengekalkan simbol harimau dan memperkenalkan font yang lebih kemas dan menyerlah.


Untuk rekod ini kali keenam logo Maybank ditukar  sejak ia ditubuhkan. Simbol harimau digunakan pada Maybank ketika logo kedua diperkenalkan 1962 semasa penyenaraian bank itu ke Bursa Malaysia.


Serentak dengan pelancaran ini, Maybank akan memperkenalkan logo baru ini di semua cawangan bank tersebut di seluruh negara dan operasi Maybank di luar negara.


Jom kita lihat video pelancaran logo baru Maybank 2011 ini :-






Secara peribadi, perubahan yang nampak ketara ialah font pada perkataan Maybank itu. Nampak seperti lebih muda dan sedikit 'kartun'. Mungkin ini strategi Maybank untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menjadi pelanggan mereka.


Logo harimau itu pula seperti tak jauh beza dengan logo terdahulu. Kalau logo dulu corak belang harimau nya seperti 'cat tumpah' namun kali ini corak belang harimau lebih kemas.

 
Satu lagi perubahan yang ketara ialah pada bahagian telinga harimau ini. Kalau dulu telinganya ke belakang namun logo baru ini telinga harimau kelihatan tegak. Giginya pula dah tajam sekarang berbanding logo yang dulu.
 
 
Apa pendapat anda mengenai logo baru Maybank ini? Wajarkah Maybank menukar logo yang secara purata  tak jauh beza dengan logo terdahulu ? Atau mungkin lebih baik Maybank gunakan dana yang ada merangka strategi untuk menjadi peneraju bank no 1 di Asia. Apa pendapat anda?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Sharinginfoz said...

masih mengekalkan warna kuning dan hitam ya

Anonymous said...

Luv maybank!!!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

setuju! nmpk lebih SEGAR dan MENYERLAH!

janji duit gaji aku depa tak sangkut sudah la.. huhuhu

yours
SH

Anonymous said...

Nampak macam harimau kena penyakit kusta-x maybankers

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget